Membantu pembeli rumah pertama memiliki sebuah rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank-bank yang mengambil bahagian berdasarkan kriteria skim dan piawaian pengunderaitan kredit bank masing-masing.
Jaminan SJKP untuk membolehkan pembeli daripada golongan tidak berpendapatan tetap mendapat Pembiayaan Perumahan. Jaminan SJKP adalah sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT).
Skim RTO PR1MA adalah skim pemilikan perumahan berkonsep sewa beli yang memberi peluang kepada Rakyat daripada golongan berpendapatan tengah (M40) untuk memiliki rumah idaman dengan skim pemilikan perumahan secara mampu milik.
Berperanan membantu mempromosikan HOPE kepada Kumpulan Sasaran, menghebahkan insiatif i-biayai dan penyedia perumahan serta membuat promosi HOPE menerusi platform-platform sedia ada.