Poster

Soalan Lazim Karnival Jom Beli Rumah

Thumb

Apakah objektif utama penganjuran Karnival Jom Beli Rumah 2022 (KJBR 2022)?

1. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited membawa agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia yang menekankan kepada mewujudkan persekitaran yang kondusif, teratur, mapan dan berdaya huni bagi rakyat.

2. Justeru, pelaksanaan Karnival Jom Beli Rumah 2022 (KJBR 2022) merupakan salah satu usaha Kementerian untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah.

3. Oleh itu, karnival ini bertujuan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara melalui transaksi jual beli kediaman serta menggalakkan pemilikan rumah terutamanya dalam kalangan generasi muda serta pembeli rumah pertama.

1. Penganjuran KJBR 2022 dilaksanakan secara kolaborasi strategik KPKT bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) serta Media Prima Omnia.

2. Umum mengenali pameran perumahan Malaysia Property Expo (MAPEX) yang dianjurkan oleh REHDA dan MyRumah anjuran Media Prima secara tahunan dengan konsep yang sama.

3. Namun Karnival ini memberi nafas baru dengan beberapa elemen pembaharuan dengan menggabungkan kedua-dua penganjuran serta menambahkan elemen produk dan perkhidmatan kerajaan dan agensi.

4. Karnival ini akan dijadikan acara tahunan dan akan bergerak menemui seluruh rakyat Malaysia di peringkat Negeri/Zon kelak.

Ya, pada masa ini Kerajaan telah memberi insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.00.

Kerjasama Strategik

REHDA KPKT Omnia
MAPEX Liveable Malaysia myrumah
HOPE #Keluarga Malaysia